Bogel atau telanjang yang dimaksudkan adalah mandi dengan tanpa seurat
benang pada badan. Hukum mandi bogel adalah harus. Sebaik-baiknya
mandilah dengan memakai kain basahan atau seluar dalam bagi menutup
kemaluan. Tidak menjadi satu kesalahan untuk mandi secara bogel. Dalam
Islam, hukumnya adalah HARUS.
Imam al-Nawawi menjelaskan di dalam hadith ini yang menjelaskan kebenaran mandi berkeadaan bogel jika dia berseorangan.
“Kita telah melihat didalam bab yang lalu bahawa sesungguhnya dibenarkan
membuka aurat apabila ada keperluan (hajat), apabila seseorang
berseorangan, apabila mandi, membuat air, apabila bersama dengan isteri
dan sebagainya. Didalam semua keadaan ini, dibenarkan seseorang membuka
auratapabila dia berseorangan, akan tetapi dihadapan orang lain adalah HARAM menyingkap aurat didalam semua keadaan.” [Sharh Muslim, 4/32].
Akan tetapi tidak ada nas atau dalil dari hadith Nabi saw yang sahih
mengenai kewajipan menutup diri semasa mandi. Walaubagaimanapun terdapat
beberapa ulama’ salaf yang menutup diri mereka, akan tetapi bukanlah
diwajibkan. Adalah memadai semasa mandi itu tidak dapat dilihat oleh
orang lain.
Namun begitu, terdapat beberapa riwayat menjelaskan Nabi saw pernah
mandi bersama isterinya didalam keadaan tidak berpakaian, sebagaimana
didalam hadith Muslim dan Bukhari.
Sekiranya ingin mandi dengan berpakaian juga tidak menjadi kesalahan
kerana Rasulullah saw pernah mandi dengan berselindung dengan kain.
Mandi berpakaian adalah digalakkan berdasarkan hadith yang bermaksud:
“Allah swt adalah lebih patut disegani daripada manusia.”
Sahabat sekalian perlu diingat di dalam tandas dan bilik kita semua
adanya jin yang turut tinggal di dalamnya. Jadi kalau tidak mahu jin itu
jatuh cinta dengan menikmati tubuh kita maka tutuplah aurat ketika
mandi. Bahaya kalau jin dah jatuh cinta dengan manusia. Alam kita dan
dia adalah berbeza. Jin ini kita tidak dapat melihatnya. Cuba bayangkan
situsainya jika jin sentiasa mengekori kita ke mana sahaja. Kecut perut
bukan…
Walau bagaimanapun…apa yang ingin ditegaskan di sini adalah berasa malulah kita kepada Allah daripada makhluk lain.
Wallahualam…